Tuesday, 20 March 2012

BRUNO MARS ILLUMINATI?? PFTT!!

 " There's no religion that could save me
no matter how long my knees are on the floor "

nyanyi sebaris-dua lagu Peter Gene Hernandez a.k.a Bruno Mars boleh jadi kafir, murtad? cuba check balik lirik tu leklok. yang gua tau;

1. dia takde pulak sebut 'Islam' dalam verse lagu tu, instead dia guna 'no religion'
2. '...knees are on the floor', setahu gua Christians kneel during their prayer to express reverence, honor towards their God, with exception to those yang ada knee problem. this would imply that, he's actually referring to his own religion you see (gua rasa agama dia ni Kristian, judging from his real name).

literal meaning dah tepat tu, tapi kena ambil kira figurative meaning dia juga.
(klik utk perbesarkan)


gua salute korang yang prihatin, taknak generasi kita ni meng-khinzir buta nyanyi benda-benda tak berpekdah apatah lagi nyanyi lagu yang boleh menggugat aqidah. tapi cuba fikir balik, sama tak apa yang dimaksudkan dalam lagu tu dengan apa yang korang faham? tujuan entry ni bukan nak backup mamat Hernandez nih atau condemn sesape, tapi gua dah muak tengok certain post yang kata beliau ni illuminati la, freemason la, cuba nak sesatkan manusia, bla bla bla...

seriously?? cubalah husnuzon even if dia nih not yet muslim. hal-hal entertainment ni gua suggest jangan amik port sangat, enough la tau serba sedikit. pelik, bila gua tanya; " camne ko leh terer bab ni eh? " rata-rata jawab; " kalau tak ambil tahu ketinggalan nanti, kawan-kawan semua tahu. "

*facepalm*

dah tu hal-hal yang jadi kat Syria, Palestin, Tunisia, Mesir dengan lain-lain negara semua ko tak rasa ketinggalan ke kalau tak tahu? pasal krisis ekonomi dunia, pasal permasalahan umat, Syiah dan 1001 masalah lain? (okay, sendiri terkena gak point yang nih)

alang-alang gua nak promote event global ni, visit
http://www.mygmj.org/ 
https://www.facebook.com/MalaysiaGMJ?ref=ts



haih, nak bebel panjang-panjang takde idea pulak, setakat tu dulu kot. apa-apa pun, cuba ambil pengajaran dari hadith di bawah ni;


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak bermanfaat baginya. "
(Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sepertinya)




1 comment: